hai korang... nama aku sue. dan aku suka makan! kali ini aku nak cerita tempat makan best yang ada di Ipoh... my hometown!!! walaupun kampung aku di Ipoh, memang selalu aku ditanya kawan-kawan. "wei sue! kat mana tempat makan best Ipoh eh? rekemen sikit..." jadinya aku akan bagila la list dengan semangatnya... jom! lets cek it out!
no1. nasi kandar ayam merah yong suan
ini untuk peminat2 nasi kandar macam di penang tu. tapi ipoh punya ni sur juga sebab ada campuran kuah yang super ohsem. memang dari dulu lagi, nasi kandar yong suan ni berniaga di depan kedai makan cina ni. tauke cina provide air saja. sekarang banyak sudah pilihan tempat duduk. boleh duduk di kedai sebelah2nya juga. duduk saja dan mereka ambilkan order. ada sambal kelapa tu yang enak sangat tu.
no2. nasi ayam hainan jalan anderson
nasi ayam ni best sebab ada banyak menu2 sampingan. boleh order nak apa makan sampai kenyang. kalau datang tengahari kena sabar sikitlah sebab selalunya memang penuh. walaupun penuh tunggu saja. sekejap nanti akan dapat meja. ayamnya ada dua jenis. hainan atau roasted. hainan style tu dia macam rebus. kalau roasted tu ayam panggangla kan. sedap! aroma nasi dia tu memang membangkitkan selera!
no3. konda kondi
ini cafe yang ada macam2 jenis menu western terutamanya. portion pun boleh tahan sengkak juga kalau nak makan sorang. terletak di tengah2 pekan ipoh. buka 5 petang hingga 12 malam sahaja tau ni. servis mereka laju berdesup tau. tapi kalau ramai tetaplah kena bersabar ya
no4. laksa polo
yang ini boleh makan kudap-kudap di petang hari. pergi je google map padang polo ipoh. nanti akan ada deretan foodtruck yang menjual pelbagai jenis makanan. paling top kat situ laksa lah. kalau tanya aku yang mana satu laksa sedap? aku kata semua sedap. macam takda beza sangat pun. servis saja berbeza. datang situ makan ala picnic pun best sangat.
no5. nifayyi
cafe ni terletak di fair park ipoh. menghidangkan pelbagai jenis makanan western dan asian yang sedap sangat. patutlah sangat ramai dan penuh dengan manusia sentiasa. portion makannya besar juga dan sangai boleh dikongsi beramai2. lagi2 menu garlic bread dan mushroom soup dia...fuh! teringat2 dibuatnya
no6. canning garden dim sum
jangan risau dimsum sini semuanya dapat pengiktirafan dan sijil halal. dimsum dia pelbagai dan sangat enak. dihidang panas2 dalam mangkuk tingkat buluh tu. cara ordernya juga unik. jika pelayan kedai datang menatang dulang penuh dengan dimsum, korang boleh terus pilih dan bawa ke meja. tak payah nak tunggu mereka ambil order satu persatu. cuma untuk air dan makanan goreng2 barulah pesanan tu di layan oleh pelayan. servis laju tip top meletop!
no7. medan selera dato sagor
kat sini korang kena datang pagi2. punyalah ramai manusia. tapi tetap ada tempat duduk. jangan risau duduk saja di mana2 dan pilihlah menu apa nak makan di gerai2 yang berderet kat dalam medan selera tersebut. ada roti bakar telur goyang, ada soto, ada sup2 dan macam2 lah. terbaik!
no8. miker
miker ni cafe yang unik sangat pada aku. diorang ada dua jenis kedai. tapi semuanya di padang ipoh tengah2 pekan juga. satu kedainya hanya jual pizza. so nama dia pizza miker. sedap2 tau. mereka buat dan hidang panas2.satu lagi miker cafe. yang ni terletak di hujung padang. pun sangat2 menarik menu yang ada. goreng2 atau sup2. pilih saja.
no9. mi rebus ramli
no10. cendol depan kamdar
aku taktahulah dah berapa puluh tahun mereka ni beroperasi. tapi aku masih ingat dari aku masih budak2 lagi, kedai cendol tu tetap dan sentiassa ada di situ. seberang jalan saja dari medan selera dato tawil atau nak senang, kamdar pekan ipoh. korang tengok sebelah kiri. mesti nampak kedai cendol ni. sentiasa ada customer. lemak2 sedap sangat buat penyegar tekak musim panas2 ni.










Comments
Post a Comment